Wednesday, April 9, 2008

PESTA BUKU ANTARABANGSA

4 APRIL 2008
tarikh bersejarah....i went to book fiest...mak oiii punya la ramai orang...al-maklumlah hari pertama pesta buku dibuka,tambah pulak cuti hujung minggu,apa lagi berasak-asakla manusia yang memang kaki buku,yang suka meninjau pun ada, dan ada juga yang suka nak meramaikan suasana..apa-apa jer la, yang pasti tujuan masing-masing satu.....BUKU!!!!!!!!!!
Aku pun salah seorang daripadanya...actually i'm on work that day.Aku pergi pilihkan buku untuk library KYM(Kolej Yayasan Melaka) for subjects yang aku ajar..aku pergi sendiri,from Bangi...ingatkan nak drive jer ke PWTC,tapi memikirkan payah nak parking kereta baik aku naik komuter....tak payah parking..hehehehe..lagi pun lama tak merayap dengan komuter.mengimbau memori dulu.kah..kaha,,,kah.....nak jadi cerita mata aku jadi ketumbit..adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sakitnya...bercermin mata hitam la aku sepanjang jalan.
keluar rumah around 0745am...makan dan aku selamat sampai dalam 0930am....berbondong-bondong manusia masuk..padahal pintu pameran pun belum buka daaaa.geng-geng KYM pun belum sampai dari Melaka,so aku pun melepakla dulu....tinjau hall yang perlu aku terjah...dan know what,..aku dah dapat tempat utama yang aku nak terjah dulu.......al-ameen booth la...tau kenapa???????????????? sebab aku nak beli buku writer favour aku...faisal tehrani.....:)
tepat jam 1000am,aku tak pandang kanan kiri dah..menapak terus ke gerai pilihan aku...ingatkan dapat jumpa faisal,dia takde..tapi aku dapat jumpa seorang penulis yang berwibawa,....nun jauh dari singapura...aii aku ni bab-bab kota singa cukup perihatin..:) so grab this opportunity la...aku bersembang sakan ma dengan mr. salihin mohamad....
p/s:thank you for your signature and nice meeting you...chatting with you...
lepas beli 2 biji buku,geng-geng aku pun sampai dan bermula la pencarian buku-buku KYM pulak.....mak oiii bagai nak tercabut lutut,pinggang dan kaki ku...mana taknya dari pagi sampai petang....dari satu hall ke satu hall...anyway thanks for bee,isram dan en zul..yang kasi tunjuk ajar, mengiringi aku sepanjang sesi tersebut...yang pasti memang tak puas, rasa nak pergi lagi...ntah bila...faisal will be launching his new book's this saturday..bestt tu bila lagi dapat tengok dekat-dekat..dah 2 peluang miss ...tengok keadaan la,kerja aku pun makin banyak niha...nak periksa kertas budak lagi,abiskan silibus lagi....
apapun pesta buku tetap best...giler best,,..lagi best ada duit..aa rasa nak borong kedai-kedai buku sekali...
harap minat membaca di kalangan masyarakat makin bercambah,bukan sekadar trend meramaikan suasana pesta,atau mencari bahan-bahan yang berunsur pendidikan formal jer...rebutla peluang ni mencari bahan-bahan yang boleh membina minda samada yang formal atau tak...dan jangan buat simpanan jer..cam aku..hahahahaha....tapi ada kebaikan ..kurang-kurang masa perlu utk baca,ada...(ye la sangat) apapun for myself...read more,write more and think more,more,more......moga sifat membaca ni makin berakar dalam diri yang kerdil ini....

6 comments:

GOMBAL said...

membaca?buku?actually bukan minat saya atau hobi atau kegilaan..untuk saya melakukannya..tapi tidak bermakna saya tidak suka membaca..membaca bagi saya adalah cam satu aktiviti yang sya akan lakukan untuk tujuan tertentu..contohnya cam untuk rehat kan minda ke..atau menghilangkan rasa bosan ke..atau utntuk memenuhkan masa kosong ke..atau menguatkan semangat ke..atau untuk memahami sesuatu ke...atau untuk menambahkan ilmu ke...atau untuk apa sahaja yang ke....bahan2 bacaan saya juga bergantung kepada apa jenis mood sya pada ketika itu..tapi ada kala saya akan memberi tekanan untuk diri sya sendiri untuk membaca walaupun pada ketika itu mood sya tidak merelakan untuk membaca bahan penulisan itu...jadi oleh kerana itu jenis bahan bacaan saya tidak menentu...dari soal sosial,kemasyrakatan,sains,teknologi,islam,sejarah,pengurusan,sastera,perniagaan,psikologi,signboard,dan macam lagi jenis bahan bacaan yang saya baca...termaksud tulisan kat papan iklan....kalau ikut pengiraan bilangan bahan bacaan tiadalah byk mana pun apa yang telah saya baca tapi kalau dari segi patah perkataan confirm lebih dari 10 million yang telah sya baca...byk kan?.....sebab itu agaknya sya tidak tertarik dengan pesta buku...kerana bagi saya wlauapun diletakkan berjuta buku didepan sya belum tentu saya akan memilih satu darinya untuk membaca..kalau sya pilih satu pun belum tentu saya akan menghabis membacanya..tapi hanya satu buku sahaja sepanjang hidup saya yang telah saya baca dan saya masih ingat lagi pengarangnya ,judulnya dan kesimpulan isi kandungannya kecuali penerbit dia saya tak ingat.buku ini saya telah baca berulang kali....akhirnya perjalanan hidup sya telah dipengaruhi sedikit sebanyak oleh buku ini....

GOMBAL said...

"sebab aku nak beli buku writer favour aku...faisal tehrani.....:)"saya tak kenal siapa faisal tehrani nie..dan tak ramai penulis2 yang sya kenal pun..mungkin sifat saya sendiri yang kurang dalamm bidang2 penulisan nie..novel2 lagi lah saya susah nak baca..ada baca tapi tak ambik pun pedulik selepas tu kecuali satu novel saya baca seumur hidup saya yg saya masih ingat lagi serba sedikit isi kandungnya dan penulisnya iaitu "JIBAM" penulisnya UJANG..dia antara satu2nya pengkarya yang saya minat...tu dululah masa tu dia giat aktif sebagai kartunis..sekarang saya pun tak tau mana ghaibnya dia nie...satu lagi penulis yang saya ingat adalah BILLIE..dia nie lah yang telah menulis buku bertajuk DARE TO FAIL...buku nie lah yang saya katakan yang telah saya baca dan telah memberikan impak kepada diri saya...actually saya nie jenis suka membaca buku2 atau penulisan yang boleh memberikan motivasi dan kematangan cara saya berfikir dan bertindak...

GOMBAL said...

Dare to fail satu2nya buku yang telah saya baca dan sedikit sebanyak saya mempraktikan apa yang ditulis didalamnya..ini satu2nya buku yang saya baca buku penulisnya berbangsa cina..apa yang menarik tentang buku ini yang membuat saya membaca ia berulang-ulang kali?sbb apa yang dinyatakan..apa yang diceritakan adalah kenyataan..bukan tentang sesuatu teori yang memerlukan kita mengikuti satu proses yang tertentu dalam mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan...sebenarnya dalam pembacaan seperti ini apa yang saya harapkan saya memperolehi sesuatu yang boleh membentuk pemikiran saya agar menjadi orang berjaya dalam erti kata sebenar kejayaan itu...betul semua orang mempunyai peluang yang sama untuk berjaya.Yang membezakan apakah jenis kejayaan diberi..bentuknya..tapi yang lebih penting adakah kejayaan itu diberkati atau tidak?

GOMBAL said...

Bermacam-macam persoalan yang bermain diminda saya ini sehingga kan terlalu sukar untuk saya gambarkan dalam penulisan tentang kaitan antara kejayaan...keberkatan..dan ada masa masa sya juga berfikir bagaimana kejayaan seseorang manusia itu diukur...atau sememangnya tiada ukuran untuk kejayaan seseorang itu..cuma manusia itu sendiri mencipta pengukurnya...pada pandangan saya ...kejayaan bukan sesuatu yang boleh diukur..kerana ia bersifat terlalu subjektif..asas kewujudannya pun terhasil dari elemen lain iatu kegagalan...dengan kata lain tanpa sebuah kegagalan tidak akan wujud kejayaan..ibarat seperti lepat pisang tak kan wujud kalau tiada pokok pisang..something like that...

GOMBAL said...

Dalam hal ini lepat pisang merupakan eksperiment dlam membuktikan hubungan antara kejayaan dan kegagalan..untuk sesuatu proses pembuktian.agak sukar utk kita membuktikan sesutu yang sangat subjektif .jadi menjadiknya kepada suatu yang lebih hampir ke dalam bentuk objektif...memudahkan kita melihat hubunganya seterusnya membuktikan tentang teori kejayaan tidak akan wujud tanpa kegagalan..berbalik pada eksperimen tadi jika kita boleh mewakilkan lepat pisang sebagai kejayaan...

GOMBAL said...

jika kita fikirkan bagaimana terhasilnya lepat itu. adakah dia wujud dengan sendirinya?sudah tentu tidak bukan kerana hanya ada satu yang sifatnya wujudnya adalahnya dengannya sendiri iaitu ALLAH SWT..jadi macam mana boleh telah terhasilnya lepat pisang ini?sudah lah tentu ia terhasil dari satu proses dan melibatkan pelbagai unsur lain dlam membentuknya...jika disorot kembali proses penghasilannya yang menggunakan unsur yang utamanya adalah buah pisang...tanpa buah pisang maka tak kan wujud lepat pisang itu...persoalannya bolehkah saya mengambil pisang sebagai mewakili elemen kegagalan..sudah tentu tidak kerana hasil kejadiannya itu sendiri telah lengkap..jadi ia adalah merupakan simbol kejayaan..jadi dimanakan simbol kegagalan yang boleh dijumpai dalam eksperimen ini..kita sorot lagi ke bawah proses ini..pisang itu dibeli dengan menggunakan wang dari sebuah kedai buah..persoalannya bolehkah saya mengambil wang sebagai mewakili elemen kegagalan..sudah tentu tidak kerana wang adalah merupakan satu imbuhan yang diperolehi dari suatu perbuatan atau pekerjaan yang telah dilakukan dengan sempurna....kita sorot lagi ke bawah proses ini..pisang yang ada di kedai buah itu datang dari sepohon pokok pisang yang telah ditebang...sekali lagi adakah pokok pisang itu boleh mewakili elemen kegagalan yang saya cari..tidak mungkin kerana tiada cacatnya cela pokok itu hingga boleh menghasilkan setandan pisang...jadi dimanakah letaknya elemen kegagalan tersebut..cuba kita fikir macam mana tumbuhnya pokok pisang itu..dari sepohon benih pokok pisang..lagi sekali elemen kegagalan itu masih tidak wujud..siapa yang tanam benih itu..pekebun yang menanamnya mana mungkin pekebun itu adalah mewakili kegagalan..kerana ia yang menanamnya..mengapa masih tidak wujud sebarang unsur yang boleh dikaitkann dgan elemen kegagalan dalam eksperimen ini...adakah ini satu cerita bohong saya sendiri atau satu pemikiran yang kosong...tidak mungkin saya amat percaya ada sesuatu yang boleh dikaitkan dalam eksperimen ini sebagai elemen kegagalan.walaupun saya masih tidak dapat membuktikan tapi saya membuat suatu hipotesis. Y(x)=x^n +x^(n-1)+.... di mana Y(x) adalah kejayaan dan x adalah kegagalan..