23.05.2008
Penat memeriksa kertas, rasa nak layan blog kejap...pastu sambung semula memeriksa kertas yang masih lagi berlambak kat atas meja aku tuh..hari ni tak ramai yang ada kat pejabat.masing-masing ngan kerja dan aktiviti masing-masing.exam dah masuk minggu akhir..dan budak-budak ni pun dah tak sabar nak tamatkan peperiksaan yang terlalu panjang rasanya ..walhal 2 minggu jer..hehehe samala masa aku belajar dulu...2 minggu ibarat 2 bulan lamanya...seronok imbas zaman belajar...
Sentuh bab belajar ni, aku tertarik dengan apa yang diluahkan oleh teman sepejabat yang aku bahasakan kak mai.."budak ni ujian tak ambil, kelas tak pernah datang,...alih datang final lulus pulak"..tersenyum kejap aku..
teringat pesan kawan baik aku..belajar ni tiada istilah jemu..sometimes we learn things that we learnt before..and its call relearn. Dalam pencarian ilmu ni, pengulangan adalah satu proses penting dalam pendidikan,adakala perkara yang sama kita pelajari, tapi berulang dan mungkin cara penyampaiannya adalah berbeza.
Bila sebut pengulangan pembelajaran ni...banyak perkara yang boleh kita jadikan panduan..dalam bab ilmu ni satu yang utama adalah fokus dan konsep merendah diri atau 'tawadhuk'..konsep tawadhuk ni cukup penting dalam menjamin keberkatan ilmu yang bakal kita perolehi. Tawadhuk bukan sahaja pada ilmu itu sendiri, bahkan pada pemberi ilmu, juga pada penerima ilmu.
Kawan baik aku jugak pernah berkata, dalam pencarian ilmu ni bukalah seluasnya pintu hati dengan khusyuk apabila tiba di gerbang makrifah....fuhh dalam makna ayat kawan aku tu....yang aku faham pencarian ilmu ni, perlu ada hati yang ikhlas disamping sentiasa panjatkan doa pada Allah...kerana Allah adalah pemilik segala ilmu...biar siapa pun kita,sepandai mana pun kita,kita masih belum dapat melawan ilmu Allah....apa jua keadaan penyerahan hati dan diri kita perlu pada Allah..
Dalam pencarian ilmu ni, hubungan kita dengan Allah perlu dijaga, dalam masa yang sama juga hubungan dengan sesama manusia dan alam perlu kita jaga juga. Kesabaran adalah kunci yang utama dalam mengali khazanah ilmu Allah..perlu tabah dalam apa jua cabaran. kata-kata hukama yang aku dengar,..."seseorang yang merasa susah dalam pencarian ilmu,maka dia akan merasa kemanisan ilmu tersebut"...dan dalam pelayaran hidup ini,bermacam yang aku dah tempuh,pengalaman yang hanya secebis ini banyak mematangkan aku tentang hidup..dan aku sedar aku adalah insan yang kerdil berbanding yang lain dalam melakar sejarah aku sendiri..namun aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi dan itu adalah nikmat yang Dia kurniakan pada aku..pesan dan doa aku, buat diri yang kerdil dan insan-insan yang aku kenali disekeliling ku....sabar dalam menempuh hidup apatah lagi dalam pencarian ilmu....hargai ilmu dan bukalah pintu hati seluasnya agar ilmu pun akan senang membukakan pintunya buat kita semua.....
ja ne..
2 comments:
sepetang jumaat...sepiring fikiran...buat si pencari ilmu
cari lah ilmu tanpa jemu... tanpa henti... ilum Allah itu luas ;-)
Post a Comment