Thursday, July 31, 2008

LEWAT PETANG JUMAAT...

31.07.2008
Kesyukuran dpanjatkan atas nikmat dan rahmat yang dikurniakan oleh Ilahi,kerana masih dipanjangkan usia untuk menikmati keindahan hari-hari mendatang..terasa pantas masa berlalu..pejam celik dah habis bulan Julai..menyusul datang Ogos,..dan seterusnya September dan bila tibanya September,maka tibalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam.Ramadhan...Ya Allah,kurniakan aku kesempatan melewati detik terindah di bulan itu...
Sebut bab ksempatan, aku begitu takjub dengan kebesaran Yang Maha Kuasa..dalam kesibukkan hidup, keceriaan menjalani tugasan harian, didatangi ujian kesihatan..terasa bagai tersentak dan terpukul.. Ya Allah, betapa nikmat sihat itu,Engkau kurniakan kepada diri yang kerdil ini terlalu lama...dan bila nikmat sakit itu datang,serasa meragut segala kesenangan yang ada..Saat dirundung sedih, diri yang hina ini terpanggil merenung kekurangan diri..nampak kebesaran dan keagungan Yang Esa..sekejap ja ditarik kekuatan dan kesejahteraan daripada aku..dan sungguh la aku ni insan yang dhaif...
Sakit adalah satu nikmat,biar apa pun perkara negatif yang cuba dikaitkan dengan sakit..tapi yang namanya sakit adalah rahmat, ujian, dugaan dan kasih sayang Allah pada hambaNYa. Bila sakit,kita lebih banyak ingatkan Allah sedangkan time sihat...mak oiii lompat sana,lompat sini..kalau time sakit tak ingat tuhan, tak tau la nak kata apa...
Dalam kesakitan, terselit hikmah yang banyak..melihat teman-teman bersusah payah membantu...memberikan sokongan dan semangat...benar-benar terharu..punyai teman-teman yang begitu baik dan membantu...jasa kalian tak terbalas dek diri yang hina ini,..Allah sahaja yang selayaknya membalas budi pekerti kalian..cuma pesan diri ini bersama kita ambil iktibar daripada ujian ini, agar lebih sabar dan tabah mendepani cabaran hidup yang makin mencabar dengan berbekalkan iman dan taqwa...
Alhamdulillah,kini diri ini makin beransur baik dan dapat meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya...dan berharap agar diri ini akan lebih menghayati dan menghargai nikmatnya SIHAT...serta menjaga nilai KESIHATAN bukan sahaja kini tapi untuk selamanya...aminnnnn hehehe...
k permisi dulu..dah penat...tima kasih bebanyak teman-teman sekalian atas doa dan harapan...
ja ...

No comments: