Sunday, September 14, 2008

PPJ...ooo PPJ

15.09.2008

Selawat dan salam atas nikmat RAmadhan..sudah separuh perjalanan Ramadhan...hanya tinggal lagi 2 minggu sahaja untuk bersama dengan Ramadhan...terasa syahdu, moga diri yang kerdil ini terus diberikan kesempatan mengecapi nikmat Ramadhan..

Selain kegembiraan menyambut Ramadhan serta hari ketuaan... terpanggil untuk berkongsi pengalaman menyertai PPJ yang berlangsung selama 2 hari...fuhhh mencabar serta mengasak minda..Program Penilaian Jakim...tempat bermula,mencurahkan segala ilmu dan pengalaman yang secebis demi mencari permulaan hidup yang baru..bertemu dengan teman-teman seperjuangan tak kurang juga teman-teman baru, satu pengalamn baru yang aku tempuhi dalam mematangkan aku dengan dunia pekerjaan.

Pagi 10.09.2008, AES 841 membelah keheningan pagi menghala ke ILIM..mendebar juga diri aku ni..yela pemergian aku ke program penilaian ini, hanyalah berbekalkan pengalaman hidup yang tak seberapa serta ilmu yang secebis bagi bersaing mencari kehidupan yang baru dengan mereka-mereka yang masing-masing, punya kemantapan tersendiri dalam bidang mereka..Satu jam setengah perjalanan terasa panjang..

Jejak saja kaki di Bangi..debaran aku hilang..yang ada hanyalah pasrah dan semangat..yap semangat untk melalui semua ujian penilaian....sepanjang perjalanan di sini,aku menjadi aku....aku pun pelik,...bersemangat, berani serta maintain cool jer, walaupun ada benda yang aku tak dapat buat secara proper..hehehehe..tapi aku belasah je..paling kelakar bila fikir bab kena pilih tajuk bagi pengucapan awam...bahasa melayu sedapla aku goreng sampai hangit..datang bahasa arab...hehehe aku goreng jugak,tapi isi yang sama...lagila tergagap-gagap...yang peliknya tak dak pulak aku rasa segan atau malu...salah cakap atau tak tau cakap...

Semuanya sama..dinilai tidak kira baik atau buruk...dan aku rasa puas hati dengan penglibatan aku,mungkin penglaman yang kecil sebelum ini, banyak mendewasa dan mematangkan aku dalam mendepani cabaran sebegini..pengalamn mengajar, berjumpa orang ramai, berinteraksi dengan pelajar dan pelbagai lagi..semuanya menguatkan aku..dan aku pasrah...ada rezeki adala.........

Syok...dan menarik...berkongsi idea dengan pelbagai lapisan masyarakat serta dapat melihat tingkah manusia yang pelbagai..tamat hari kedua, aku pulang ke melaka sarat dengan pelbagai pengalaman baru..paling best dah lama tak balik bangi...sampai pun dah lewat...seronok pulak dah lama tak berkelana berkesaorangan...
memandu membelah kesibukkan serta kepekatan malam ke melaka bagi menyambung perjuangan yang sedia ada......



RABBI YASSIR WA LA TU'ASIR....
SIR ALA BARAKATILLAH.....

No comments: