Thursday, May 22, 2008

sepetang....jumaat

23.05.2008

Penat memeriksa kertas, rasa nak layan blog kejap...pastu sambung semula memeriksa kertas yang masih lagi berlambak kat atas meja aku tuh..hari ni tak ramai yang ada kat pejabat.masing-masing ngan kerja dan aktiviti masing-masing.exam dah masuk minggu akhir..dan budak-budak ni pun dah tak sabar nak tamatkan peperiksaan yang terlalu panjang rasanya ..walhal 2 minggu jer..hehehe samala masa aku belajar dulu...2 minggu ibarat 2 bulan lamanya...seronok imbas zaman belajar...

Sentuh bab belajar ni, aku tertarik dengan apa yang diluahkan oleh teman sepejabat yang aku bahasakan kak mai.."budak ni ujian tak ambil, kelas tak pernah datang,...alih datang final lulus pulak"..tersenyum kejap aku..
teringat pesan kawan baik aku..belajar ni tiada istilah jemu..sometimes we learn things that we learnt before..and its call relearn. Dalam pencarian ilmu ni, pengulangan adalah satu proses penting dalam pendidikan,adakala perkara yang sama kita pelajari, tapi berulang dan mungkin cara penyampaiannya adalah berbeza.

Bila sebut pengulangan pembelajaran ni...banyak perkara yang boleh kita jadikan panduan..dalam bab ilmu ni satu yang utama adalah fokus dan konsep merendah diri atau 'tawadhuk'..konsep tawadhuk ni cukup penting dalam menjamin keberkatan ilmu yang bakal kita perolehi. Tawadhuk bukan sahaja pada ilmu itu sendiri, bahkan pada pemberi ilmu, juga pada penerima ilmu.

Kawan baik aku jugak pernah berkata, dalam pencarian ilmu ni bukalah seluasnya pintu hati dengan khusyuk apabila tiba di gerbang makrifah....fuhh dalam makna ayat kawan aku tu....yang aku faham pencarian ilmu ni, perlu ada hati yang ikhlas disamping sentiasa panjatkan doa pada Allah...kerana Allah adalah pemilik segala ilmu...biar siapa pun kita,sepandai mana pun kita,kita masih belum dapat melawan ilmu Allah....apa jua keadaan penyerahan hati dan diri kita perlu pada Allah..

Dalam pencarian ilmu ni, hubungan kita dengan Allah perlu dijaga, dalam masa yang sama juga hubungan dengan sesama manusia dan alam perlu kita jaga juga. Kesabaran adalah kunci yang utama dalam mengali khazanah ilmu Allah..perlu tabah dalam apa jua cabaran. kata-kata hukama yang aku dengar,..."seseorang yang merasa susah dalam pencarian ilmu,maka dia akan merasa kemanisan ilmu tersebut"...dan dalam pelayaran hidup ini,bermacam yang aku dah tempuh,pengalaman yang hanya secebis ini banyak mematangkan aku tentang hidup..dan aku sedar aku adalah insan yang kerdil berbanding yang lain dalam melakar sejarah aku sendiri..namun aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi dan itu adalah nikmat yang Dia kurniakan pada aku..pesan dan doa aku, buat diri yang kerdil dan insan-insan yang aku kenali disekeliling ku....sabar dalam menempuh hidup apatah lagi dalam pencarian ilmu....hargai ilmu dan bukalah pintu hati seluasnya agar ilmu pun akan senang membukakan pintunya buat kita semua.....
ja ne..

Sunday, May 11, 2008

hari pertama.....

12.05.2008

hari ini, hari pertama final exam bagi utm, yang lagi best..hari pertama adalah paper yang aku ajar(tasawur). dari semalam aku berdebar-debar je,yela paper aku..selama 4 bulan lebih mengajar..ari ni anak-anak didik aku memerah otak menjawab segala persoalan yang ditanya berkait dengan apa yang aku dah ajar...aikk takut dan berdebar menanti keputusan keluar nanti...apapun doa aku anak-anak murid aku dapat menjawab dengan baik..

bila soal selidik beberapa student yang datang tengok Mkk..aku bersyukur diorang dapat jawab.lagi melegakan aku, ustaz Hambali turun padang...budak-budak pun cakap ustaz kasi tips..alhamdulillah moga dipermudahkan lagi..
apapun doa aku student aku sentiasa cemerlang dalam setiap lapangan hidup mereka, dunia dan akhirat...amin..
good luck!

Saturday, May 10, 2008

EXAM WEEK

10.05.2008



Alhamdulillah diberikan nikmat iman dan usia, dapat lagi menghirup udara segar..yang utama hari ini dapat datang kolej,jaga exam..Aku menggantikan k.nor yang tak dapat menghadirkan diri.. tengok budak-budak jawab exam teringat zaman aku jawab exam...punya nak pecah kepala otak..bila dapat keluarkan apa yang terkandung dibenak ini,fuhhh bestnyer la..aku tersangatla mengantuk...aku dulu time final...adalah juga time mengantuk nyer,tapi takder la sampai tido....kadang-kadang tu tak sempat pun nak tido punya banyak benda yang nak tulis,lagi la aku punya final sume dalam bahasa Arab..mana nak cari ayat,susun maksud bagi ustaz/ustazah aku faham..rinduuu pada kenangan tu...sama-sama study...sama-sama rasa susah senang mencari apa yang dipanggil ilmu.


Paling aku tak berkenan sekali time exam ni, budak-budak nie suka buang sampah merata-rata, terutamanya diaorang punya nota..bersepah-sepah naik sakit mata aku...macammana la nak dapat keberkatan dalam menuntut ilmu...biarpun hanya sekeping nota , tapi ia tetap berisi ilmu..dan ilmu perlu dihormati, macam kita manusia.Yang muda menghormati yang tua, barulah yang tua sayang pada kita orang muda..Ulama terdahulu cukup menjaga adab bila berhadapan dengan ilmu,makan pakai sangat dijaga, kelakuan tertib dalam mencari ilmu, hormat guru sampailah kepada keturunannya..tapi kita sekarang acuh tak acuh saja dalam bab pelajaran ni.




keberkatan adalah apa yang perlu kita harapkan dalam melayari kehidupan,orang yang mendapat keberkatan hatinya akan menjadi tenang dan damai.Untuk berjaya dalam pelajaran, kita perlu mendapatkan keberkatan Allah agar pencarian ilmu kita dipermudahkan,..bukan sahaja dalam pencarian ilmu,bahkan dalam kita bekerja, berniaga, bergaul sesama kita.. perlu ada konsep 'keberkatan'. Biarpun adakala hidup ini banyak cabaran dan dugaan, tapi dengan keimanan yang ada, dan rasa kehambaan terhadap Allah dalam mencari keredhaanNya..membuatkan kita makin kuat dan tabah serta dalam mengharungi hidup ini,ada rasa tolenrasi dan kasih kepada orang sekeliling...


moga hidup ini sentiasa dilimpahi rahmat dan berkat daripada Allah agar kita dapat menjalani hidup dengan penuh ketenangan...amin

Monday, May 5, 2008

AKU dan DIA....

06.05.2008





RINDU rasanya , terlalu lama menyimpan rasa. Gelora di hati tak siapa yang tahu, resah di jiwa hanya diri yang memahami...semua serba tak kena, serba tak keruan...entah apa khabar dirinya disana.... Baik atau tidak? Aku pasti dia baik adanya...cukup segalanya..dan aku menjadi perindu yang setia, ibarat pungguk rindukan bulan.entah bila kan bersua...hati ini bagai menjerit-jerit setiap masa dan ketika..merindu si dia yang entah rindukan aku atau tidak.......adusss bengang juge kalu merindu sendirian ni(hehehehehe)...apapun aku pasti dia jua pun begitu....rindu pada aku tapi tak terluah,,hehehe ni yang best...



tak sabar rasanya aku nak jumpa dia..

ingin ku cerita segala suka dan duka....paling tak sanggup,...renungan, jelingan,renggekan dia buat aku rindu....

adussss aku angauu...

ya AKU DAH ANGAU....

ANGAU PADA DIAAAA...



KUCING KU, KETON..MEOWW...

hehehehe..

miss u eton....