Monday, October 20, 2008

mImPI...mimpi..

21.10.2008

menghitunggg hari....
detik demi detik....
masa ku nanti apakan ada..
jalan cerita kisah yang panjang..menghitung hariiiiiii.....

lunak suara kriss dayanti menusuk benak aku..memang aku menghitung hari...membilang hari...mengira hari... hari-hari menjadi aku.. hari-hari dewasa... semakin hari semakin mencabar dan menguji..kesabaran, ketabahan, kekuatan, kesetiaan,keakraban... dan yang sewaktu dengan nya..hehehe..

serasa seperti mimpi..dan adakah aku masih bermimpi.??mimpi yang mungkin bukan lagi mimpi,bahkan menjadi nyata...tapi nyatanya bersedia kah aku?..berdepan dengan mimpi ini..mimpi yang tak selalunya indah, adakala penuh onak dan liku...yang menjadi bentengnya iman dan doa...
sepenuh hati, serendah diri aku berharap pada yang Esa...agar mimpi yang bakal jadi nyata ini, dapat aku lalui dengan keimanan,kesabaran serta kepatuhan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi dalam mengharap keredhaan Mu Ya Tuhan....
dan... aku sedang membina diri, bersedia menempuh mimpi yang bakal jadi nyata...

mimpikah aku?...ya aku masih rasa seperti bermimpi...biarpun aku tidak bermimpi.....
hehehehe...yang pasti aku tidak bermimpi di siang hari.....
dan mimpi aku bakal jadi nyata...
hahahahaha........
mimpi oooo mimpi....


Rafeah Buang & R. Ismail Hati ke hati
RI: Tinggilah tinggi
Tinggi tinggi burung di awan
Akhirnya engkau turun
Akhirnya turun mencari kawan
RB: Terbang di awan
Turun mari ke dalam taman
Kalau mencari kawan
Mencari kawan biarlah padan ( 1 )
RI: Bukan sahaja
Bukan saja kita kemari
RI: & RB: Kita bercinta
Curahkan rahsia hati ke hati
RI: & RB: Burung tempua
Sana sini mencari sarang
Kalau hati dah suka
Samalah kita terbang pulang
( ulang dari 1 hingga akhir )

perjalanan hari ini..

21.10.2008

alhamdulillah, masih lagi dikurniakan nikmat sihat dan ceria dalam melayari hidup yang penuh dengan kesibukkan ..pejam celik dah nak masuk setahun bermukim di bumi bersejarah,Melaka..
baru baik dari demam, dah sakit mulut pulak...hehehe penyakit rutin...tapi tak bermakna aku ni malas mandi..hahahahaha....cuma malas minum air ja..

baru selesai konvo...dan jamuan raya.untuk konvo aku dipertanggungjawabkan sebagai juruacaara..hemmm.. satu pengalaman baru...belajar lenggok bahasa dan suara...seronok cuma pelajar-pelajar ni nak kena tahu lebih dalam lagi tentang kemahiran soft skill..bukan sekadar tahu memahami,menilai keadaan serta kemahiran yang melibatkan perhubungan antara individu tapi perlu tahu bagaimana berinteraksi dan membawa diri ketika majlis formal...
kebanyakkan daripada kita kurang ambil berat ttg hal ini..adakala dipandang sepi.
dan hasilnya mereka-mereka termasuk kita yang endah tak endah tentang protokol majlis..membawa diri tanpa peduli kata orang...

jamuan raya spu jer belum..sibuk bermain dengan riben,menganyam ketupat yang baru siap satu....hahahaha memang tangan aku ni keras cam batu...dah dapat satu, nak buat yang lain dah tak jadik...kelakar..
belasah jer la janji jadik kan...
jangan mare....