01.01.09
selamat tahun baru....1430 hijrah dan 2009
moga tahun baru ni, segala cita-cita dan azam yang bercupak-cupak di karang,akan terlaksana..hehehe
tetiba pintu hati aku diketuk untuk menulis kisah seorang pakcik tua yang aku lihat ketika sedang asyik menikmati hidangan malam..atau lebih tepat larut malam...
angin sepoi-sepoi bahasa,menambah selera aku dan teman meratah siakap bakar..perghhh sedap...tengah lapaq semua sedap...hehe..tengah syok tu, tetiba kami dikejutkan dengann kelibat seorang pakcik tua meredah pekat malam dan hempasan ombak memikul pukat tarik di bahu..
pakcik tua atau lebih tepat seorang ayah berhempas pulas demi mencari rezeki...
terfikir aku dengan kelibat dan gelagat ayah tua itu tadi...
ya seorang ayah,..tanpa mengira penat lelah, bahaya susah atau perih...sanggup buat apa sahaja demi keluarga, mengisi kantung insan-insan yang menanti di rumah.
itulah ayah, bapa, abah atau pun apa sahaja panggilannya..insan yang tak pernah diam..menumpahkan keringat demi sesuap rezeki...
dan aku terkenangkan abah..terima kasih abah atas segala pengorbanan dan kasih yang dicurahkan sehingga aku sampai ke tahap ini..tak lupa jua mak..insan yang melahir dan membesarkan aku dengan segala kasih,sayang dan ilmu...
doa ku kalian akan beroleh rahmat dan rezeki yang mencurah daipada Rabbul Jalil....
Terima Kasih mak dan abah!!!...
2 comments:
please visit us where you can find authentic designer brands for sale at reasonable price. :)
jasa mak ayah tiada galang gantinya...
Post a Comment