Saturday, September 26, 2009

BERSUA KEMBALI...

assalamualaikum....

alhamdulillah, masih diberikn kesempatan untuk mencoretkan sesuatu meskipun di dalam kesibukkan yang amat sangat..terlalu pantas masa berlalu dan terlalu banyak yang hendak dikisahkan sebagai peringatan dan pengajaran bersama.

Alhamdulillah...rezei makin bertambah...sekarang aku bakal bergelar seorang IBU...hehehhe hanya 2 bulan sahaja,dan semestinya aku ingin berkongsi ilmu dan pengalaman dari awal mengandung hingga kini namun keadaan tidak mengizinkan... benar kata orang, kita tidak akan memahami jiwa seseorang kecuali kita ditempatnya..dan aku mula mengerti dan memahami naluri seorang ibu...Maha Kaya Allah yang menciptakan manusia dan alam seluruhnya..semakin perut membesar semakin aku rasakan Allah TUhan yang MAHA AGUNG..PENGUASA langit dan Bumi, kerana menjadikan sesuatu yang tak mampu diciptakan oleh manusia atau mana-mana makhluk sekalipun di dunia.. sepanjang mengandung, aku merasai dan melalui pengalaman yang turut dirasai oleh mana-mna ibu sekalipun...dan aku rasa begitu terhutang budi dan nyawa pada bonda ku, Puan Jamilah yang telah bersusah payah membesarkan aku,mendidik aku hingga ke saat ini.jasa mu memang tak terbalas melainkan doa ku pohon buat mak agar sentiasa dilimpahi rahmat dan barakah Allah sepanjang masa..tak terluah dek kata..namun benarlah pesan RAsulullah S.A.W agar kita menghormati kedua orang tua terutamanya IBU...kerana jerit perih mengandung,melahir dan menyusu serta membesar dan mendidik tidak terungkap dengan bahasa lisan.segala kepayahan hanya dapat dilalui dengan iman dan ilmu..buat semua...hormatilah dan sayangilah IBU dan BAPA selagi hayat dikandung badan..

alhamdulillah...aku kini bergelar PHEI(pegawai hal ehwal islam-JAKIM)dan berkhdmat di melaka..rezeki anak...aku sendiri pun tak menjangka aku akan menjadi keluarga JAKIM..apapun inilah peluang untuk aku memperbaiki diri dan berkhidmat utk ummah dalam menyampaikan sedikit ilmu yang ada pada diri demi kemaslahatan bersama..berpindah daripada dunia akademik kepada pentadbiran..dunia yang berbeza sama sekali..namun itulah pengalaman hidup..banyak yang perlu dipelajari..hidup ini suatu pembelajaran...alhamdulillah, aku makin boleh sesuaikan diri..
doa ku agar aku akan tabah dan sentiasa ditunjukkan jalanyang benar dengan ilmu yang ada bagi memajukan ummah dalam menghayai erti ISlam yang sebenar...

14.09.2009 tarikh bersejarah bagi keluarga aku, adik perempuan ku melangkah jauh meninggalkan MALAYIA, berhijrah ke BUmi ANBIYA' MESIR demi pencarian ilmu.berkelana dalam RAmadhan 1430H,doa ku adik aku akan terus tabah dengan segala macam ragam perjalanan ilmu..teringat saatkaki ini melangkah 7 tahun yang lalu...bersama azam dan semangat juga tawakal pada Allah,dan kini,alhamdulillah kesusahan yang aku lalui sepanjang pencarian ilmu berbaloi..

INAH.... teruskan langkah kaki mu.tiupkan semangat ilmu mu agar sentiasa berkobar mengali khazanah ilmu yang cukup banyak disana..agar dirimu kembali menjadi seorang doktor muslimah yang berilmu, beriman dan bertanggungjawab demi mencurahkan bakti dan kepakaran yang ada kepada ummah..di mana saja berada, jangan dilupa agama disanjung,budaya dikelek budi disemai agar hidup mu aman selalu dunia dan akhirat..

perut dah lapar..baby nak makan..hehehe..demikian coretan permulaan setelah lama menyepi..bukan menyepi tapi kesuntukkan masa untuk mncoret..insyaAllah moga diberikan kekuatan untuk terus bertinta di masa akan datang...

SALAM LEBARAN...MOGA KITA SEMUA MENJADI HAMBA YANG SOLEH DAN BERIMAN LAGI BERILMU....AMIN.