Monday, February 2, 2009

AKHIRNYA...KU TEMUI SANDARAN HATI..

02.02.2009

Tarikh 26 JANUARI 2009..takkan ku lupa sepanjang hayat ku.tarikh keramat itu,akhirnya aku temui sandaran hati, aku temui sebuah perjalanan hidup yang baru, aku temui cahaya cinta, aku temui keAgungan Pencipta yang menciptakan sekeping hati dan sehalus perasaan yang ku namakan kasih dan sayang, aku temui kekuatan, ketenangan, aku fahami sebuah ikatan yang bernama kasih dan sayang, aku pelajari erti pengorbanan, kesedihan,jua kesayuan dalam kegembiraan insan yang bergelar ibu dan ayah kerana, pada tarikh itu... aku mula melangkah meninggalkan zaman bujang ku,demi sebuah kehidupan baru..ya aku sudah bergelar ISTERI....isteri yang sah kepada suami ku tersayang.

tiada apa yang dapat aku ungkapkan, melainkan selaut kesyukuran yang tidak terhingga buat PENCIPTA HATI dan PERASAAN..kerana mempermudahkan jalan ini buat aku dan suami..bermacam yang kami lalui..dan kesabaran adalah kuncinya..itu adalah pesanan keramat suami yang aku pegang.kami tidak pernah menyangka, seawal ini diijabkabulkan..namun itulah KUasa ALLAH yang memudahkan jalanNYA bagi kami..biarpun sederhana dan dalam keadaan yang agak tergesa, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.aku kini lebih tenang menghadapi hari-hari yang mendatang..

terima kasih buat adik-adik kesayanganku..yang bertungkus lumus untuk aku pada hari bahagia aku dan suami..jasa kalian akan k.rah ingat sampai bila-bila...moga ALLAH yang dapat membalasnya.

buat suami ku, mohd yaser..terima kasih atas segala nasihat,dorongan buat diri ini.doa ku, kita akan sama-sama mencari redha Ilahi dalam perjalanan hidup ini yang masih panjang, sabar dengan ujian kehidupan, saling bertolak ansur..terima kasih kerana menyayngi dan menerima diri yang kerdil ini seadanya, juga sabar melayan kerenah ku..doa ku, moga kita bahagia dunia dan akhirat dalam mawaaddah dan rahmah Allah.

terima kasih YA RABBUL JALIL dengan nikmat yang KAU berikan..